Wednesday 10 October 2012

Program Lepas UPSR - Kempen Kesihatan

10 Oktober 2012, baru sahaja diadakan Ceramah dan Pameran Kesihatan oleh Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kuala Rompin.

Tajuk yang dipilih untuk ceramah adalah BAHAYA MEROKOK DAN AEDES Ceramah juga diadakan khas untuk murid-murid Tahap 2 yang kebiasaannya banyak terdedah dengan gejala ini.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan, En. Mansor selama 1 jam. Seterusnya program diteruskan dengan pameran gejala dan akibat dari merokok.

Semoga apa yang disampaikan akan menjadi benteng untuk murid menjauhi dari gejala merokok yang bukan sahaja mendatang bahaya kepada diri sendiri malah orang yang disekeliling kita terutamanya keluarga yang dicintai.

Ribuan TERIMA KASIH buat Pegawai Kesihatan yang sudi singgah ke SK Sarang Tiong untuk mencurahkan sedikit sebanyak ilmu tentang bahayanya merokok. 
Tahniah dan Syabas.












No comments:

Post a Comment