3 Oktober yang lepas juga, pihak sekolah telah menjemput beberapa orang pegawai dari Agendi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Kuala Rompin untuk mengadakan sedikit ceramah dan pameran yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat masa kini.
Program dimulakan dengan ceramah oleh Pegawai AADK bersama dengan semua murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Kemudiannya murid dibawa ke tempat pameran yang banyak mempamerkan bahan dan maklumat yang berkaitan dengan dadah dan akibatnya.
Ribuan TERIMA KASIH juga untuk semua pegawai AADK Kuala Rompin yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke sekolah kami yang hampir 30 KM dari pejabat mereka. Tahniah dan Syabas.
Sedikit Pembuka Kata oleh En. Suhaimi
Ceramah yang di sampaikan oleh Pegawai AADK
Antara bahan pameran AADK
Poster akibat penyalahgunaan dadah
Beberapa contoh bahan yang digunakan oleh penagih dadah
Murid tidak melepas peluang untuk melihat bahan pameran
Murid sedang asyik melihat poster anti dadah
No comments:
Post a Comment