ALUMNI


ALUMNI SKST

Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong (SKST) yang mula ditubuhkan pada tahun 1962 kini telah menjangka umur 50 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, guru dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan bilik darjah, bilik khas serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu sekolah ialah pertambahan bilangan pelajar yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu sekolah berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah pelajar yang telah menamatkan pelajaran di sekolah rendah khususnya SK Sarang Tiong semakin bertambah, yang kini hampir mencecah 10000 orang. Atas dasar itulah cadangan penubuhan Persatuan Alumni SKST antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali bekas pelajar, bekas guru dan bekas kakitangan SKST sebanyak mungkin untuk menjadi ahli dalam persatuan ini.

Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di sekolah di mana mereka belajar atau dipanggil juga "alma maternya". Secara dasarnya seseorang pelajar yang telah menamatkan pelajaran dari sesuatu sekolah itu bukan bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma maternya seperti membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan sekolahnya. Seperti di sekolah-sekolah lain, ternyata persatuan bekas pelajarnya atau dikenali ALUMNI telah mampu membangunkan sekolahnya dalam pelbagai aspek.


TAKRIFAN ALUMNI SKST

Menurut ensiklopedia Sains Sosial, Alumni diertikan sebagai "... sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah sekolah/institusi pendidikan", maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni". Jika kita boleh mendalami lagi definasi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di sekolah/institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing.

Alumni sering dikaitkan dengan alma maternya (institusi di mana ianya belajar). Umpama isi dan kuku, tiada alma mater, tiadalah alumninya dan jika tiada alumninya, sukarlah untuk alma mater tersebut berkembang.


SIAPA LAYAK MENJADI ALUMNI SKST ?

Keahlian Persatuan ini adalah sah kepada semua bekas pelajar, bekas guru/guru besar dan bekas kakitangan/pekerja SKST yang pernah mendaftar dan bertugas di SKST.


BAGAIMANA UNTUK MENJADI AHLI ALUMNI ?

Semua pelajar yang tamat pelajaran di SKST bermula tahun 1962 adalah secara automatik menjadi Persatuan Alumni SKST.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI JAWATANKUASA ?

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi pihak sekolah di talian 09-4132854 dan sebarang perkembangan boleh terus melayari Blog SKST ini atau ke Akaun Facebook ALUMNI.


1 comment:

  1. Minta kerjasama rakan-rakan dan guru-guru minta mendaftar sebagai alumni SKST. Moga kita dapat terus menyumbang bakti utk warga skst.

    ReplyDelete