Wednesday 10 October 2012

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012

Selama 3 hari 2 malam telah diadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012.
Perkhemahan ini melibatkan seramai 45 orang murid dari 3 Unit Beruniform iaitu Pengakap, TKRS dan Pandu Puteri Tunas.

Program diadakan bermula dari petang 5 Oktober hingga tengahari 7 Oktober 2012 di Kem Bestari, Kuala Pontian, Rompin, Pahang.

Disebabkan pengangkutan murid tidak disediakan untuk ke tapak kem, maka bilangan murid yang menyertai perkhemahan ini agak sedikit berbanding dengan jumlah sepenuhnya iaitu 91 orang.

Tetapi memandangan kesungguhan yang ada pada Ibu Bapa dan Penjaga murid ini, mereka sudi untuk menghantar dan mengambil murid ini ke perkhemahan. Tahniah dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa demi pengalaman murid yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana.

 Suasana awal Ibu Bapa dan Penjaga menghantar murid

 Hasil Nukilan Cikgu Ishak. Thanks..

 Pendaftaran awal bersama Cikgu Zaiton

 Minum sebelum pasang khemah

 MasterChef hari Jumaat

 Sesi makan dan minum

 Siap sedia khemah untuk menginap

 Sedang berbincang apa ye...

 Solat Hajat, Bacaan Yassin di malam pertama

 Taklimat dan sesi persiapan untuk Malam Apresiasi Seni

 Senaman Pagi di pagi hari kedua

 Senaman regangan bersama Cikgu Sulaiman. Hebat....

 Aktiviti Berpengkalan - Ikatan dan Simpulan bersama Cikgu Zaiton

 Aktiviti Berpengkalan - Bantuan Kecemasa bersama Cikgu Ishak

 Aktiviti Berpengkalan - Permainan mencari perkataan tersembunyi

 Aktiviti Ikhtiar Hidup bermula dengan mengadun bahan-bahan mentah

 Aktiviti Ikhtiar Hidup tergendala akibat Hujan dan Ribut. 

Aktiviti Ikhtiar Hidup diteruskan semula

 Berusaha menghidupkan unggun api. Tahniah.. Berasap..

 Inilah hasilnya Ikhtiar Hidup @ Masakan Hutan

 Pengacara Malam Apresiasi Seni, Cikgu Sulaiman

 Antara persembahan murid.

 Nyanyian lagu patriotik oleh peserta perkhemahan

 Persembahan menarik dari peserta

 Jamuan BBQ oleh Cikgu Badrul

 Sesi makan, makan dan makan

 Wajah gembira bercampur penat.

 NightWalk - Pesisir pantai Kuala Pontian

Sesi taklimat dan penerangan sebelum ke pesisir pantai
 
 Sempat main tanam kaki jam 1 pagi

 Wajah kepenatan pulang dari Night Walk

 Gotong Royong di hari akhir

 Gotong Royong membersihkan kawasan perkhemahan

 Majlis Penutup yang dipengerusikan oleh Cikgu Sulaiman

 Ucapan Penutupan Perkhemahan SKST 2012 oleh Tuan Guru Besar, En. Mahizan

 Barisan Guru yang banyak membantu dalam mengelola program.

 Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Haznita.

 Penyampian Hadiah

 Kelihatan Ibu Bapa dan Penjaga menunggu masa untuk pulang.

Wajah kepenatan setelah 3 hari 2 malam bertungkus lumus. 

TAHNIAH kepada semua warga SKST yang banyak membantu.
ANDA HEBAT..


1 comment:

  1. Thanks for the good info. Pls visit me back if you have time.

    ReplyDelete