Friday 25 May 2012

School Holiday

SCHOOL HOLIDAYS
(26 MAY 2012 - 10 JUNE 2012)


Assalamualaikum...

Esok semua sekolah akan mula bercuti selama 2 minggu. Ada beberapa buah negeri yang telah pun mula bercuti pada hari ini. Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan guru sekalian.

Walaubagaimanapun, kepada guru-guru SKST, kita semua telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan Kem Bestari Solat dan Kelas Tambahan kepada murid Tahun 6, murid LINUS dan Tahun 1.

Jadual seperti yang telah diedarkan bermula dari Sabtu (26 Mei) hingga Selasa (29 Mei).

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat kerana sanggup berkorban sedikit masa demi anak murid yang disayangi. Semoga segala jasa ikhlas guru dibalas oleh Nya.

Jadi, selepas Selasa, boleh la guru-guru pulang ke kampung halaman masing2.
Pesanan untuk semua guru dan murid:

"Berhati-hati jika memandu, Ingatlah orang tersayang"
dan
"Sentiasa jaga diri dimana jua kita berada".

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Amin..



No comments:

Post a Comment