Assalamualaikum.
Hari ini (24 Mei 2012) adalah hari terakhir bagi Program Minggu Anti Dadah Peringkat SKST tahun 2012.
Untuk hari terakhir ini, Progran Minggu Anti Dadah diteruskan dengan Pertandingan Deklamasi Sajak bagi murid Tahap 2 sahaja. Peserta pertandingan ini dipilih mengikut Rumah Sukan. Setiap Rumah sukan dikehendaki menghantar 6 orang peserta yang terdiri daripada Lelaki dan Perempuan dari setiap tahun di tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Setiap sajak hendaklah berunsurkan nasihat dan masalah Dadah.
Sebanyak 24 orang peserta ( 12 lelaki dan 12 perempuan) yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan dimulakan dengan persembahan oleh wakil murid yg pernah mewakili sekolah ke peringkat Negeri dalam Pertandingan Bercerita iaitu Adik Nur Auni Athirah binti Zuhaidi dan diselingi dengan persembahan guru Bahasa Melayu untuk mendeklamasikan sajak.
Akhir sekali program ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua peserta yang berjaya oleh GPK HEM, En. Adham bin Adam.
Sesi P&P diteruskan seperti biasa selepas waktu rehat murid.
No comments:
Post a Comment