Friday 25 May 2012

School Holiday

SCHOOL HOLIDAYS
(26 MAY 2012 - 10 JUNE 2012)


Assalamualaikum...

Esok semua sekolah akan mula bercuti selama 2 minggu. Ada beberapa buah negeri yang telah pun mula bercuti pada hari ini. Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan guru sekalian.

Walaubagaimanapun, kepada guru-guru SKST, kita semua telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan Kem Bestari Solat dan Kelas Tambahan kepada murid Tahun 6, murid LINUS dan Tahun 1.

Jadual seperti yang telah diedarkan bermula dari Sabtu (26 Mei) hingga Selasa (29 Mei).

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat kerana sanggup berkorban sedikit masa demi anak murid yang disayangi. Semoga segala jasa ikhlas guru dibalas oleh Nya.

Jadi, selepas Selasa, boleh la guru-guru pulang ke kampung halaman masing2.
Pesanan untuk semua guru dan murid:

"Berhati-hati jika memandu, Ingatlah orang tersayang"
dan
"Sentiasa jaga diri dimana jua kita berada".

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Amin..



Minggu Anti Dadah Hari Ke-4 (24 Mei 2012)

Assalamualaikum.
Hari ini (24 Mei 2012) adalah hari terakhir bagi Program Minggu Anti Dadah Peringkat SKST tahun 2012.

Untuk hari terakhir ini, Progran Minggu Anti Dadah diteruskan dengan Pertandingan Deklamasi Sajak bagi murid Tahap 2 sahaja. Peserta pertandingan ini dipilih mengikut Rumah Sukan. Setiap Rumah sukan dikehendaki menghantar 6 orang peserta yang terdiri daripada Lelaki dan Perempuan dari setiap tahun di tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Setiap sajak hendaklah berunsurkan nasihat dan masalah Dadah.

Sebanyak 24 orang peserta ( 12 lelaki dan 12 perempuan) yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan dimulakan dengan persembahan oleh wakil murid yg pernah mewakili sekolah ke peringkat Negeri dalam Pertandingan Bercerita iaitu Adik Nur Auni Athirah binti Zuhaidi dan diselingi dengan persembahan guru Bahasa Melayu untuk mendeklamasikan sajak.

Akhir sekali program ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua peserta yang berjaya oleh GPK HEM, En. Adham bin Adam.

Sesi P&P diteruskan seperti biasa selepas waktu rehat murid.



















Minggu Anti Dadah Hari Ke-3 (23 Mei 2012)

Program pada hari ini adalah Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster.
Pertandingan di bahagikan kepada 2 kategori:

Kategori 1 - Tahap 1 - Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah
Kategori 2 - Tahap 2 - Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

Hadiah pula disediakan kepada sebanyak 8 hadiah untuk setiap kategori:

1 - Juara
1 - Naib Juara
1 - Tempat Ke-3
5 - Saguhati

Murid PraSekolah juga turut memeriahkan Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah, dan hadiahnya telah disediakan oleh Guru PraSekolah untuk semua murid yang menyertai pertandingan ini.

Tahniah kepasa semua peserta dan pemenang 
Siapa yang kalah diharap agar terus berusaha dan jangan bersedih.















Tuesday 22 May 2012

Minggu Anti Dadah Hari ke-2 (22 Mei 2012)

Minggu Anti Dadah
Hari Ke-2
22 Mei 2012


Hari kedua Minggu Anti-Dadah dimulai dengan Ceramah Kaunseling dan Motivasi berkenaan Penyalahgunaan Dadah oleh Guru Kaunseling, En. Sulaiman bin Bakar. 
Program hari kedua bermula pada jam 7:45 pagi dan tamat jam 10:15 pagi serentak dengan waktu rehat murid. Sesi persekolah kemudiannya diteruskan dengan aktiviti P&P seperti biasa.

Slot ceramah lebih kurang 2 jam yang cukup memberi kesan kepada murid-murid.

 Murid sedang kyusuk mendengar ceramah.

Para Technician dengan menyediakan bahan bergambar dan video.

 Tayangan gambar dan video Kempen Anti-Dadah.



Monday 21 May 2012

Majlis Pelancaran Minggu Anti-Dadah 2012

Bermula dari 21 Mei 2012 sehingga 24 Mei 2012,
pelbagai aktiviti dijalankan bersempena dengan
Minggu Anti-Dadah SK Sarang Tiong 2012.

Program dimulakan dengan Majlis Pelancaran Minggu Anti-Dadah
oleh Guru Besar SKST, En. Mahizan bin Aziz
pada Isnin 21 Mei 2012.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 

 Pengacara Majlis yang budiman..
 Backdrop Minggu Anti-Dadah
 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Sulaiman
 Ucapan Penyelaras Minggu Anti-Dadah dan bacaan perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
 Ucapan dan Perasmian Minggu Anti-Dadah oleh Tuan Guru Besar, En. Mahizan bin Aziz
 Barisan murid yang kusyuk mendengar ucapan.
Barisan guru SKST



Friday 18 May 2012

Sambutan Hari Guru SKST 2012

Sambutan Hari Guru
SKST 2012.

Majlis diadakan pada 16 Mei 2012 (Rabu).
Majlis diadakan bersederhana kerana banyak persiapan tidak dapat dilakukan dengan sempurna memandangkan murid sedang dan masih dalam 'mood' peperiksaan. Peperiksaan Pertengahan Tahun diadakan pada 14, 15 dan 17 Mei 2012 terpaksa dihentikan sementara untuk memberi peluang untuk menyambut Hari Guru pada 16 Mei tersebut.

Majlis yang cukup indah dan bermakna ini disambut dengan cukup meriah bersama-sama dengan barisan murid, guru dan Guru Besar yang baru, En. Mahizan bin Aziz. Berikut beberapa tentatif aktiviti yang telah dijalankan pada majlis tersebut.

7:35 - Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan
7:45 - Senamrobik bersama En. Razali
8:30 - Sukaneka Guru
9:15 - Perlawanan Bola Tampar antara Guru dan Murid
9:45 - Perlawanan Futsal antara Guru dan Murid
10:15 - Rehat
11:00 - Majlis Perasmian Hari Guru
11:10 - Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
1130 - Persembahan Murid (Nyanyian dan Deklamasi Sajak)
11:50 - Upacara Penyampaian Hadiah Murid kepada Guru
12:00 - Persembahan Guru
12:15 - Permainan Bola Beracun bersama Guru
12:45 - Majlis Penyampaian Hadiah
 01:15 - Bersurai


Backdrop yang disediakan Ustazah Ain
Barisan guru PJ

Barisan guru senamrobik

 
Acara senamrobik diwaktu pagi
Sukaneka (acara mencari bola)
Sukaneka (acara membawa belon air)
 Sukaneka (acara menyambut belon air)
Perlawanan bola tampar antara guru dan murid
Perlawanan futsal antara guru dan murid
Menanti acara di dewan
Nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia'
Acara penyampaian hadiah hari guru
Persembahan lagu 'Terima Kasih Guruku'
Deklamasi sajak
Persembahan Cikgu Razali
Persembahan duet Cikgu Sulaiman dan Cikgu Adham
Persembahan Guru Besar, Cikgu Mahizan
Permainan Bola Beracun (Cikgu Ishak yg kena)