Wednesday 29 May 2013

SELAMAT HARI GURU.

SELAMAT HARI GURU.
selamat hari guru buat semua guru di SKST. Semoga guru-guru akan lebih tabah dan bersemangat dalam mengharungi cabaran demi masa depan pelajar SKST..
TAHNIAH....

Tuesday 28 May 2013

Kelas Pemulihan Linus

TERIMA KASIH...
Kepada semua guru SKST yang terlibat dengan Kelas Pemulihan LINUS, Kem Bestari Solat dan juga Kelas Tambahan UPSR yang telah diadakan pada awal cuti pertengahan tahun baru-baru ini.
Dan ucapan TAHNIAH kepada semua pelajar yang terlibat kerana sanggup mengorbankan sedikit masa cuti untuk hadir ke kelas tersebut.
Semoga segala usaha yang telah anda lakukan dapat membuahkan hasilnya kelak. InshaAllah..

Monday 27 May 2013

SALAM TAKZIAH

SALAM TAKZIAH.
Mungkin ramai guru mahupun murid yang telahpun mengetahui kisah pemergian salah seorang guru SKST tatkala seluruh warga SKST mula bercuti panjang.
Cikgu Shafiai b Md Zin atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle telah kembali ke rahmatullah awal pagi Ahad 26Mei2013 akibat serangan jantung di rumahnya.
Kami seluruh warga SKST terasa akan kehilangan beliau dan terus mendoakan semoga roh beliau dirahmati Allah swt dan semoga beliau tenang disamping orang yang beriman. Amin...