Tuesday, 24 December 2013



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
kepada semua warga SK Sarang Tiong
bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang.
 
Semoga semua Warga SK Sarang Tiong
samada murid, guru atau staf
akan terus berjuang demi kecemerlangan anak bangsa.
 
Doakan kami semoga BERJAYA
di Dunia mahupun di Akhirat.
 
Aminn....


Sunday, 11 August 2013

Salam AidilFitri

Salam AidilFitri semua semua umat Islam di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia.. Maaf Zahir dan Batin...

Wednesday, 29 May 2013

SELAMAT HARI GURU.

SELAMAT HARI GURU.
selamat hari guru buat semua guru di SKST. Semoga guru-guru akan lebih tabah dan bersemangat dalam mengharungi cabaran demi masa depan pelajar SKST..
TAHNIAH....

Tuesday, 28 May 2013

Kelas Pemulihan Linus

TERIMA KASIH...
Kepada semua guru SKST yang terlibat dengan Kelas Pemulihan LINUS, Kem Bestari Solat dan juga Kelas Tambahan UPSR yang telah diadakan pada awal cuti pertengahan tahun baru-baru ini.
Dan ucapan TAHNIAH kepada semua pelajar yang terlibat kerana sanggup mengorbankan sedikit masa cuti untuk hadir ke kelas tersebut.
Semoga segala usaha yang telah anda lakukan dapat membuahkan hasilnya kelak. InshaAllah..

Monday, 27 May 2013

SALAM TAKZIAH

SALAM TAKZIAH.
Mungkin ramai guru mahupun murid yang telahpun mengetahui kisah pemergian salah seorang guru SKST tatkala seluruh warga SKST mula bercuti panjang.
Cikgu Shafiai b Md Zin atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle telah kembali ke rahmatullah awal pagi Ahad 26Mei2013 akibat serangan jantung di rumahnya.
Kami seluruh warga SKST terasa akan kehilangan beliau dan terus mendoakan semoga roh beliau dirahmati Allah swt dan semoga beliau tenang disamping orang yang beriman. Amin...

Friday, 1 March 2013

Snake In The Car..


Inilah kisahnya seekor ular yang berasal dari Kampung Sarang Tiong tetapi menemui ajal di Tanjung Gemok. Alkisahnya ia menyusup masuk ke dalam sebuah kereta cikgu di sekolah tatkala hujan lebat membasahi bumi Sarang Tiong dan menakungi kawasan parking kenderaan cikgu

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan ular tersebut, dan penamatnya ialah menghubungi Pihak Bomba. 

Lebih 3 jam pelbagai ikhtiar dilakukan sehingga terpaksa di bawa ke bengkel kenderaan untuk diperiksa. Dan akhirnya selesai lah sudah pemasalahan yang dihadapi..

Terima Kasih semuanya...