Tuesday, 11 September 2012

Zakat Perniagaan Bank Rakyat 2010

Alhamdulillah..

10 September 2012, En. Mahazir bin Abdul Aziz, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Muadzam Shah, Pahang telah sudi ke SKST bagi menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar miskin.

Pihak SKST merakamkan ribuan terima kasih kepada Pihak Bank Rakyat Muadzam Shah, Pahang
kerana telah sudi menyumbangkan wang zakat dari keuntungan perniagaannya bagi tahun 2010
kepada 30 orang pelajar miskin SK Sarang Tiong.

Semoga segala kebaikan dan kebajikan mendapat berkat dariNYA.
Amin..



En. Mahazir bin Abdul Aziz (Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Muadzam) dan Pn. Haznita bte Mohd Yusof (GPK Pentadbiran) bergambar bersama Replika Cek dari Bank Rakyat.

Mulanya UPSR 2012..

Hari ini 11 September 2012...
Bermulalah permulaan baru pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.
Setelah hampir 6 tahun bergelumang dengan penat dan lelah dalam memenuhi ilmu didada bagi membahagiakan ibubapa dan guru dengan keputusan yang cemerlang.  

Jawablah dengan tenang,
InsyaAllah menjadi senang,
Tanpa ada perang,
Semoga semuanya cemerlang.

Bahagia ibu bahagialah guru,
Ilmu yang ada simpanlah di kalbu,
Agar berkat sepanjang usiamu,
Semoga Allah sentiasa bersamamu.



Yang senang jangan diduga,
Yang susah jangan dialpa.

Biar susah di dinihari,
Senang kan menyusul di tanpa disedari.



Ada cicak kat atas tu,
"Apa ni? Jangan merapu!"



InsyaAllah 5A dalam genggaman.



GOOD LUCK

&

ALL THE BEST


**Gambar-gambar diatas adalah hasil nukilan Encik Google. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.