Monday 27 August 2012

Getting Closer..

 ATTENTION..!!!

UPSR is getting closer.
Cikgu2 lagi takut dan berdebar2 berbanding dengan murid2. Camner ni??


Welcome Back To Scholl

..Welcome Back TO School..

Welcome back to all teachers and pupils of SKST.
Hope everything gonna be normal as before.

GOOD LUCK


Wednesday 22 August 2012

Majlis Di Ambang Syawal (Penutup Ramadhan)


16 Ogos 2012, Khamis bersamaan 27 Ramadhan 1433H adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri. Aidilfitri kali ini jatuh dalam cuti pertengahan penggal ke-2.

Tanggal ini juga berlangsungnya Majlis Di Ambang Syawal dan Penutup Program Ihya' Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan JQAF SK Sarang Tiong.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Program Ihya' Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Hafazan Al-Quran, Hafazan Surah YaSin dan Kuiz Ihya' Ramadhan

Majlis Di Ambang Syawal dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi.

Majlis juga diselangseli dengan Kuiz Ramadhan antara tahun. 
Kuiz ini adalah kuiz berkisarkan Bulan Ramadhan dan dipertandingkan antara 
Tahun 1 melawan Tahun 2, Tahun 3 melawan 4 dan Tahun 5 melawan 6.

Sebelum penutup majlis, sekali lagi tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mahizan bin Aziz dan diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Hadiah Pemenang dan Sumbangan untuk Guru SKST yang telah banyak membantu dalam menjayakan program Ihya' Ramadhan ini. Terima Kasih semuanya.

Akhir sekali majlis semeriahkan dengan Salaman Kemaafan antara semua guru dan murid disamping pemberian Sumbangan Duit Raya semua murid SKST.

Salam Aidilfitri buat semua Warga SKST. :)
















Terima kasih semuanya...

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia terutamanya khas buat semua 
Warga SK Sarang Tiong.
Semoga Lebaran kali ini memberikan seribu makna dan keberkatan kepada kita.
Pada yang pulang kampung memandu, pandulah dengan berhati-hati, Ingatlah orang tersayang.
Jumpa Lagi....