Thursday 12 July 2012

Perjumpaan IbuBapa/Penjaga Tahun 6

Perjumpaan Kali pertama Guru bersama dengan Ibu Bapa dan Penjaga murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012 telah diadakan pada 3 Februari lalu. Dan akan diadakan diadakan buat kali ke-2 dalam masa terdekat ini, InsyaAllah..

Mesyuarat membincangkan sasaran keputusan UPSR dari tahun ke tahun sehingga 2012. Selain membincangkan pemasalahan yang dihadapi pihak sekolah dan murid Tahun 6.








Majlis diakhiri dengan sedikit Ceramah Motivasi buat Semua IbuBapa/Penjaga mahupun Guru yang disampaikan oleh En. Sulaiman.. Tahniah kepada semua yang terlibat.. Terima Kasih..

Aktiviti Pengakap - Masakan Hutan

Pada setiap hari Rabu, sekolah akan adakan waktu KoKurikulum dari jam 730-830pagi. Bergilir-gilir haru dengan Persatuan/Kelab dan Unit Beruniform. Pada beberapa minggu lepas, iaitu pada 27 Jun 2012 Ahli Pengakap Kanak-Kanak telah mengadakan aktiviti masakan hutan di sebuah sudut di tepi sekolah.
Seramai 38 ahli Pengakap Kanak-Kanak telah menyediakan masakan telur dan roti lilit.
Berjaya kan mereka?? Jom kita tengok...










Kursus Kepimpinan

Pada 18 April lepas, telah diadakan satu Kursus Kepimpinan khas buat semua Jawatankuasa dalam Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform. Seramai 60 orang murid Tahun 3,4,5 dan 6 yang telah terlibat dalam kursus yang diadakan selama 1 jam lebih dan dikendalikan oleh GPK Kokurikulum sendiri iaitu Puan Norlee binti Othhman.. Tahniah dan Terima Kasih semuanya....







Ceramah Motivasi UPSR

Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh En. Sazili dari SMK Seri Rompin pada 16 April 2012 di Bilik PPSMI SK Sarang Tiong. Ceramah dijalankan tepat jam 8:30 pagi sehingga jam 10:30 pagi.









Banyak ilmu yang diperolehi dari program motivasi ini sehinggakan semua murid Tahun 6 menitiskan airmata. Semoga kesemua murid ini disayangi dan rahmati oleh ibu bapa dan yang Esa. Amin...

Wednesday 11 July 2012

Imbuhan Murid Cemerlang

Tanggal 25 Jun lalu, beberapa orang murid Tahun 6 yang cemerlang dalam setiap matapelajaran UPSR dalam UP1 baru-baru ini telah diberikan sumbangan atau imbuhan berupa wang ringgit sebagai pembangkit semangat mereka serta murid lain agar lebih berusaha di masa hadapan.
Penyampaian diadakan pada waktu Perhimpuan Rasmi oleh Guru Besar SK Sarang Tiong, En. Mahizan bin Aziz.








Tahniah kepada murid yang menerima imbuhan tersebut dan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi.

Apa-apa pun semoga kecemerlangan terus menyelubungi setiap murid di sini. InsyaAllah...