Monday 17 April 2017

Modul Latihan Hub

Modul Latihan Hubs yang akan membantu anda mencari kaedah untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 yang berkesan di dalam kelas anda. Modul Latihan Hub yang tersedia adalah seperti dibawah! (klik pada gambar untuk ke halaman modul tersebut)











COMING SOON:

Modul CAKE

Modul CHEF

Modul PUFF

Modul E-Latihan Penguasaan FrogVLE

















Saturday 11 April 2015

 MESYUARAT PIBG KALI KE 34 TAHUN 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SARANG TIONG
26820 KUALA ROMPIN
PAHANG


Alhamdulillah, Mesyuarat PIBG bagi tahun 2015 ini telah berjaya dilaksanakan pada hari JUMAAT (10April2015). Mesyurat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hassan bin Ariffin, Timbalan Ketua UMNO Rompin. Jutaan terima kasih dari seluruh warga Ibu Bapa dan Guru SK Sarang Ting kerana sudi meluangkan masa merasmikan mesyurat PIBG bagi tahun 2015. Terima kasih juga di atas sumbangan yang di berikan.. Semoga Dato' sentiasa dikurniakan kesihatan dan keselamatan yang baik. Amin,.

Selain itu, beberapa program dijalankan serentak dengan mesyuarat ini iaitu
1) Taklimat dan Pengagihan Duit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
2) Perjumpaan IbuBapa dan Guru Pelajar Tahun 6.

Semoga Ukwah IbuBapa/Penjaga bersama Guru SKST berterusan..
Aminn...


Taklimat dan Pengagihan wang KWAPM di lakukan seawal jam 7:45 pagi.

Mesyuarat PIBG diteruskan tepat jam 9:00 pagi.


Tetamu Jemputan

Turut Hadir bersama ialah (dari kiri): En. Jaafar bin Saad (Naib YDP PIBG), En. Zuhaidi bin Rahmat (YDP PIBG), YB Dato' Hassan bin Ariffin (Perasmi), Pn. Nor'Aishah bin Ab Rahman (Guru Besar) dan En. Rizal (wakil PPD). 
Ucapan Aluan dari Pn. Nor'Aishah bin Ab Rahman, Guru Besar SKST

Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hassan bin Ariffin, Timbalan Ketua UMNO Rompin.