Wednesday, 10 October 2012

Program Lepas UPSR - Latihan Kebakaran

Pada 26 September 2012 (Rabu) yang lepas, pihak sekolah telah didatangi oleh Ahli Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bersama dengan jentera mereka.

Kedatangan mereka kali ini adalah bertujuan untuk memberi latihan, ilmu dan tunjuk ajar tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berlakunya kecemasan mahupun kebakaran.

Khas untuk murid tahun 6, semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan di masa-masa yang diperlukan.

Ribuan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua Ahli Bomba yang terlibat dan semoga kerjasama yang terjalin akan lebih erat di masa akan datang.
Bye

 Murid telah bersedia melihat demonstrasi

 Taklimat ringkas tentang keselamatan

 Guru-guru yang membantu di sebalik tabir

 
Demonstrasi bermula..

GPK KoKu, Pn. Norlee mencuba menggunakan Pemadam Api

 Ahli bomba menunjukkan cara penggunaan yang betul
 
 Cara menggunakan Pili Air Bomba

Mari mandi bersama-sama


Program Bulan Kemerdekaan 2012

Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan dari 15 Julai sehinggalah 16 September, pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama-sama dengan murid SKST.

Setiap minggu aktiviti yang berbeza di pertandingkan untuk menguji kebolehan murid dari segi mental dan fizikal.

Antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis Poster, Kuiz Kemerdekaan, Kuiz Teka Silangkata, Pertandingan Mengarang Esei Kemerdekaan dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.

Hadiah kepada pemenang diadakan pada akhir majlis penutup Bulan Kemerdekaan Oleh barisan pentadbir.

Terima kasih semuanya..

Hiasan Pentas yang sederhana tapi menarik.

 Murid sedang menjawap soalan Kuiz Kemerdekaan

Murid sedang menguji minda menjawap Teka Silang Kata

 Murid bertungkus lumus menyiapkan lukisan dan Poster Kemerdekaan

Sebahagian hasil Esei Kemerdekaan murid
 
Murid berfikir sejenak sambil mengarang esei

 Barisan Hakim yang arif lagi bijaksana.

Persembahan menarik dari Persatuan Matematik

 


Juara Persembahan menarik

Penyampaian hadiah pemenang oleh GPK Pentadbiran, Pn. Haznita

Penyampaian hadiah pemenang oleh GPK HEM, En. Adham

Penyampaian hadiah pemenang oleh GPK KoKu, Pn. Norlee


Monday, 8 October 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada awal Ogos 2012.
Dengan tema Janji Ditepati, Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Suhaimi.

Kemudian diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang.


Diteruskan pula dengan bacaan ikra r Rukunegara oleh wakil pelajar, Mohd Irfan Bakti.

Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Mahizan bin Aziz.


Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.
Tahniah..


Tuesday, 11 September 2012

Zakat Perniagaan Bank Rakyat 2010

Alhamdulillah..

10 September 2012, En. Mahazir bin Abdul Aziz, Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Muadzam Shah, Pahang telah sudi ke SKST bagi menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar miskin.

Pihak SKST merakamkan ribuan terima kasih kepada Pihak Bank Rakyat Muadzam Shah, Pahang
kerana telah sudi menyumbangkan wang zakat dari keuntungan perniagaannya bagi tahun 2010
kepada 30 orang pelajar miskin SK Sarang Tiong.

Semoga segala kebaikan dan kebajikan mendapat berkat dariNYA.
Amin..



En. Mahazir bin Abdul Aziz (Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Muadzam) dan Pn. Haznita bte Mohd Yusof (GPK Pentadbiran) bergambar bersama Replika Cek dari Bank Rakyat.

Mulanya UPSR 2012..

Hari ini 11 September 2012...
Bermulalah permulaan baru pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.
Setelah hampir 6 tahun bergelumang dengan penat dan lelah dalam memenuhi ilmu didada bagi membahagiakan ibubapa dan guru dengan keputusan yang cemerlang.  

Jawablah dengan tenang,
InsyaAllah menjadi senang,
Tanpa ada perang,
Semoga semuanya cemerlang.

Bahagia ibu bahagialah guru,
Ilmu yang ada simpanlah di kalbu,
Agar berkat sepanjang usiamu,
Semoga Allah sentiasa bersamamu.



Yang senang jangan diduga,
Yang susah jangan dialpa.

Biar susah di dinihari,
Senang kan menyusul di tanpa disedari.



Ada cicak kat atas tu,
"Apa ni? Jangan merapu!"



InsyaAllah 5A dalam genggaman.



GOOD LUCK

&

ALL THE BEST


**Gambar-gambar diatas adalah hasil nukilan Encik Google. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Monday, 27 August 2012

Getting Closer..

 ATTENTION..!!!

UPSR is getting closer.
Cikgu2 lagi takut dan berdebar2 berbanding dengan murid2. Camner ni??


Welcome Back To Scholl

..Welcome Back TO School..

Welcome back to all teachers and pupils of SKST.
Hope everything gonna be normal as before.

GOOD LUCK